Melaka mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka mengalami zaman kemerosotan.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan Melayu Melaka ialah:
1) Kelemahan Pemimpin
2) Kelemahan askar Melayu Melaka
3) Rakyat tidak setia / Masalah Perpaduan
4) Kedatangan Portugis
——————————————————————————————-
KELEMAHAN PEMIMPIN
- Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara.
- Tun Perpatih Putih – tua dan uzur.
- Sultan Mahmud Shah – kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran
- Sultan Ahmad Shah – lemah dan tidak cekap
-Selepas kematian Tun Perak jawatan bendahara diganti oleh Tun Mutahir.
- Kelemahan pentadbiran Tun Mutahir
i)Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati.
ii)Difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan.
iii)Dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan.
- Kelalaian pemerintahan Sultan Mahmud
i)Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
ii)Melantik Tun Perpatih yang uzur dan tepok sbg Bendahara
iii)Amalan rasuah & fitnah yang berleluasa
iv)Kadar cukai yg tinggi
KELEMAHAN ASKAR MELAYU MELAKA
- Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap
- Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
- Askar Portugis lebih terlatih
- Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera di Goa,India.
- Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri.
RAKYAT TIDAK SETIA / MASALAH PERPADUAN
- Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir.
- Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai
Melaka.
- Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada
Portugis.
- Persaingan antara orang Melayu dengan orang India Muslim untuk mendapat pengaruh
- Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan.
- Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir.
KEDATANGAN PORTUGIS
-Penyebaran agama Kristian (GOSPEL)
i)Ingin meneruskan Perang Salib
ii)Menghapuskan kerajaan Islam di Timur
iii)Menyebarkan Kristian
- Penemuan jalan laut (GLORY)
i)Galakan Putera Henry yang membawa kepada :
a) Ketibaan Diaz di Tanjung Harapan pada 1488.
b) Ketibaan Vasco da Gama di India pada 1498.
c) Ketibaan Lopez de Sequeira di Melaka 1509.
-Kegiatan perdagangan (GOLD)
i)Ingin menguasai perdagangan rempah di Timur
ii)Ingin menguasai jalan perdagangan utama iaitu Selat Melaka
Saarminie Said:
on May 11, 2011 at 3:07 pm
it has really helped me for the mid-term exam