Latihan Pengukuhan

KELEMAHAN KEPIMPINAN

Lengkapkan teks di bawah ini.

* Sultan Ahmad Shah              * Tun Perpatih Putih       * Raja Mendeliar      *sistem cukai

* pilih kasih                                    * usul periksa                        * Tun Mutahir           * kadar cukai

Setelah Bendahara Tun Perak meninggal dunia, ( 1 )_____________ telah dilantik sebagai Bendahara Melaka. Para pembesar Melayu merasa tidak puas hati terhadap Bendahara Tun Mutahir kerana beliau bersikap  ( 2 )______________dalam pentadbirannya. ( 3 )__________________ telah memfitnah Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan. Sultan Mahmud Shah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya tanpa ( 4 )__________________. Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari akan kesilapannya, baginda amat menyesal lalu menyerahkan takhta kerajaan kepada puteranya, ( 5 )__________________, seorang pemerintah yang lemah. Bendahara Tun Mutahir pula diganti oleh ( 6 )__________________ yang uzur dan tepok. Keadaan ini telah menyebabkan pentadbiran Melaka semakin lemah. ( 7 )__________________ yang sedia ada tidak diamalkan. ( 8 )__________ yang tinggi menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain.

MASALAH PERPADUAN

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.      Pelantikan ________________sebagai Bendahara Melaka telah menimbulkan semula persaingan antara orang      Melayu dengan orang _______________ untuk mendapatkan pengaruh.

2.      Persaingan ini berpunca daripada amalan __________________ dalam pentadbirannya.

3.      Perebutan pengaruh antara Bendahara Tun Mutahir dengan _______________________.

4.      _______________________ memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan.

5.      Peristiwa pemfitnahan ini telah menyebabkan sultan telah membunuh kesemua ahli keluarga Tun Mutahir tanpa _________________________.

6.      Kesannya rakyat berpecah belah dan tidak  _________________________.

7.      Keadaan ini telah menjejaskan keutuhan _____________ serta kegiatan ________________di Melaka.

KELEMAHAN ASKAR MELAKA

1. Askar Melaka tidak  mempunyai ________   yang lengkap.

2. Mereka menggunakan senjata _________ .

3. Askar kurang ___________.

4. Askar upahan dari Jawa ___________ apabila Portugis menyerang Melaka.

KEDATANGAN PORTUGIS.

Sebab Kedatangan Portugis Ke Timur

Portugis merupakan bangsa Eropah yang __________ belayar pada abad ke 15  ini digalakkan oleh raja Portugis iaitu ___________  atas slogan ke “Gospel (_____), Gold( _____) and Glory (______)

Sebab Kedatangan:

a) Penemuan jalan laut ke timur

i.                    Bortholomew Diaz sampai ke ___________________ pada tahun___________

ii.                  Vasco de Gama sampai ke ___________ tahun ___________

iii.                Lopez de Sequiira sampai ke _______________ pd tahun _____________

b) Penyebaran agama Kristian

i.                    Ingin meneruskan perang ____________

ii.                  Ingin menghancurkan ____________________ yg ada di timur termasuk ______

iii.                Mahu menyebarkan agama ___________

c) Kegiatan Perdagangan

i.                    Ingin menguasai perdagangan ___________ yang sangat diperlukan di Eropah untuk ____________ .

Advertisements

Kemerosotan Kerajaan Melayu Melaka

Melaka mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah. Namun, semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka mengalami zaman kemerosotan.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan Melayu Melaka ialah:

1) Kelemahan Pemimpin

2) Kelemahan askar Melayu Melaka

3) Rakyat tidak setia / Masalah Perpaduan

4) Kedatangan Portugis

——————————————————————————————-

KELEMAHAN PEMIMPIN

– Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara.
– Tun Perpatih Putih – tua dan uzur.
– Sultan Mahmud Shah – kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran
– Sultan Ahmad Shah – lemah dan tidak cekap

-Selepas kematian Tun Perak jawatan bendahara diganti oleh Tun Mutahir.

– Kelemahan pentadbiran Tun Mutahir

i)Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati.

ii)Difitnah cuba  mengatasi kekayaan Sultan.

iii)Dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan.

– Kelalaian pemerintahan Sultan Mahmud

i)Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah

ii)Melantik Tun Perpatih yang uzur dan tepok sbg Bendahara

iii)Amalan rasuah & fitnah yang berleluasa

iv)Kadar cukai yg tinggi

KELEMAHAN ASKAR MELAYU MELAKA

– Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap

– Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap

– Askar Portugis lebih terlatih

– Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera di Goa,India.

– Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri.

RAKYAT TIDAK SETIA / MASALAH PERPADUAN

– Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir.
– Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai
Melaka.
– Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada
Portugis.

– Persaingan antara orang Melayu dengan orang India Muslim untuk mendapat pengaruh

– Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan.

– Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir.

KEDATANGAN PORTUGIS

-Penyebaran agama Kristian (GOSPEL)

i)Ingin meneruskan Perang Salib

ii)Menghapuskan kerajaan Islam di Timur

iii)Menyebarkan Kristian

– Penemuan jalan laut (GLORY)

i)Galakan Putera Henry yang membawa kepada :

a) Ketibaan Diaz di Tanjung Harapan pada 1488.

b) Ketibaan Vasco da Gama di India pada 1498.

c) Ketibaan Lopez de Sequeira di Melaka 1509.

-Kegiatan perdagangan (GOLD)

i)Ingin menguasai perdagangan rempah di Timur

ii)Ingin menguasai jalan perdagangan utama iaitu Selat Melaka